Tak Perlu Sewa Dewan, The Sandbox Hoskan Perkahwinan Di Metaverse

212

Pengantin lelaki Clarence Chan dan pengantin perempuan Joanne Tham telah melangsungkan perkahwinan bertemakan retro 70-an di metaverse Sandbox pada 17 September.

Anjuran perkahwinan tersebut juga adalah hasil kerjasama daripada Smobler Studios dan 1-Group dalam menubuhkan replika digital bangunan warisan rumah agam Singapore, The Alkaff Mansion.

Diperjelaskan, The Sandbox merupakan dunia maya decentralized terkemuka yang memfokuskan pengalaman gamified dan hartanah digital, manakala Smobler Studios adalah sebuah agensi seni bina serta reka bentuk metaverse berpangkalan di Singapura yang berjaya mengumpul $1.2 juta.

Tambahan itu, 1-Group ialah kumpulan gaya hidup bebas Singapura yang bekerjasama dengan restoran, kafe, bar dan kelab terkemuka di negara itu.

Penubuhan Alkaff Mansion oleh Smobler Studios dan 1-Group di metaverse telah mewujudkan satu pengalaman menakjubkan untuk tema perkahwinan ala-ala taman di Singapura.

Hal ini kerana, rumah agam tersebut dicipta dengan seni bina dan reka bentuk unik termasuklah dihiasi gazebo, air pancut gaya Eropah, kanopi menghijau serta beranda.

Sementara itu, tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan fizikal di sebuah hotel turut berpeluang menyertai sambutan perkahwinan di alam maya.

Malah, selepas pengasas bersama The Sandbox dan COO Sebastien Borget merasmikan perkahwinan pasangan suami isteri tersebut, avatar bertema 70-an yang dibuat khas akan turut menari mengikut rentak muzik.

Walaupun perkahwinan metaverse Clarence Chance dan Joanne Tham adalah yang pertama dalam The Sandbox, perayaan sama pernah berlaku sebelum ini di ruang maya lain, misalnya pemain bola sepak Kevin Prince Boateng berkahwin dengan model Valentina Fradegrada dalam metaverse OVER.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat