Tak Pernah Salah Sejak 1984, Nujum AS Sahkan Trump…

1,638

Jika Malaysia memiliki Nujum Pak Belalang dan World Cup 2010 memiliki Paul the Octopus, Amerika Syarikat (AS) pula ada sejarawan dari American University, Allan Lichtman untuk meneka kemenangan pilihanraya presiden yang bakal berlangsung pada November ini.

Beliau yakin pilihanraya 2020 akan menyaksikan perubahan era Donald Trump kepada era Joe Biden.

Boleh percaya ke? Berdasarkan tekaan Lichtman terhadap pilihanraya presiden sejak 1984 sehingga kemenangan Donald Trump pada 2016, sedikit pun jangkaan beliau tidak tersasar!

Litchman mengukuhkan dakwaannya dengan 7 daripada 13 kriteria, merangkumi beberapa faktor seperti ekonomi, dasar luar negara, skandal, isu sosial dan kredibiliti calon. Trump jelas tumpas dikalahkan dengan ciri terbaik dimiliki Biden untuk memerintah AS selepas pilihanraya nanti.

Sejajar dengan tinjauan yang dijalankan oleh Real Clear Politics, Biden mendahului Trump dengan 49.4% undian diterima manakala Trump menerima 42.4% undian. Tidak pasti sejauh mana Biden akan kekal mendominasi undian dengan perbezaan cuma 7%.

Baru-baru ini Trump menerusi Twitternya memberitahu pengikut dan penyokongnya bahawa ekonomi dan pasaran negara di bawah pemerintahannya akan ‘menyelamatkan’ beliau dari kekalahan.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut memberi amaran jika kemenangan milik Biden, rekod tertinggi Nasdaq Composite Index COMP, +0.52% yang melonjak ekoran daripada kejayaan mereka mencari inisiatif menangani wabak COVID-19, akan susut mendadak.

Nasdaq melonjak 60% setelah mencatatkan rekod terendah pada 23 Mac dan setakat ini telah mencapai 30 rekod tertinggi sepanjang 2020. Indeks S&P 500 SPX, +0.64% melonjak 48% dan Dow Jones Industrial Average DJIA, +1.39% melonjak sekitar 46% pada tempoh yang sama.

Walau bagaimanapun, mampukah Trump menang sekali lagi dalam piliharaya November ini jika hanya bersandarkan kepada kejayaan pasaran saham?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat