Tak Rugi Pun AS Putuskan Kerjasama Dengan China – Trump

396

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk memisahkan ekonomi AS dan China semalam ketika berucap pada sidang media sempena Hari Pekerja di White House.

Dakwa Trump, AS tidak akan mengalami kerugian sekiranya kedua-dua negara tidak lagi menjalankan urus niaga.

Dalam ucapannya itu, Trump berjanji pentadbirannya pada masa hadapan akan menyekat sebarang kontrak Persekutuan dengan syarikat-syarikat yang mengadakan urus niaga bersama China selain memastikan Beijing bertanggungjawab terhadap ‘peranan’ mereka mengenai penularan wabak Covid-19.

Beliau juga berikrar untuk membawa kembali peluang pekerjaan dari China ke AS.

“Kita akan menjadikan AS sebagai kuasa pembuatan dunia dan akan menamatkan kerjasama dengan China. Kita tidak boleh bergantung pada China.

“Kita juga akan mengenakan tarif kepada syarikat-syarikat yang mengetepikan AS untuk mewujudkan peluang pekerjaan di China serta negara lain,” menurut Trump.

Trump turut mendakwa pencabarnya dari parti Demokrat, Joe Biden yang mengetuai undian pendapat orang ramai, dilihat berlembut dengan China.

“Sekiranya Biden menang, China menang, kerana China akan memiliki negara ini,” ujar Trump.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat