Pergerakan pasaran perlahan di awal minggu seperti yang dijangkakan berikutan Amerika Syarikat (AS) bercuti sempena sambutan Labor Day.
Justeru, US dolar bergerak mendatar tidak menyambung momentum dagangan pada Jumaat lalu ketika reaksi harga yang dipamerkan setelah laporan data pekerjaan NFP diterbitkan.
Bakal menghadkan pengukuhan US dolar di awal minggu, sentimen pasaran semakin dipulihkan dengan perkembangan langkah pemulihan ekonomi di China, dilihat akan mendorong penyusutan US dolar sebagai safe-haven.
Mata wang Euro juga mendatar pada Isnin semalam susulan ucapan oleh Presiden European Central Bank (ECB) Christine Lagarde di London tidak memberikan sebarang petunjuk baru terhadap dasar monetari bank pusat.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/apa-jadi-pada-usd
Carta pasangan mata wang EUR/USD melihatkan harga sekadar mendatar di sekitar zon 1.08000 semalam.
Kenaikan harga pada mulanya dari paras 1.077000 menguji paras 1.08000 namun gagal untuk melanjutkan pendakian lebih tinggi.
Harga juga masih kekal bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu mencadangkan trend kekal bearish.
Dengan jangkaan penurunan harga yang akan diteruskan, paras terendah terbaru bakal dicatatkan minggu ini dengan sasaran untuk menuju sehingga 1.07000.
Namun jika harga membuat kenaikan di atas zon 1.08000, halangan MA50 turut akan dilepasi dan akan memberi isyarat untuk pergerakan bullish buat harga.
Kenaikan bakal diteruskan ke ketinggian dicapai pada Jumaat lalu sekitar 1.08800 sebelum menuju ke sasaran zon rintangan 1.09000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG