Perubahan pada corak harga di carta pasangan mata wang USD/CAD dipamerkan pada dagangan Rabu semalam ketika US dolar sudah mula mendapat semula rentak pengukuhan awalnya.
Jika pada Selasa lalu harga menunjukkan penurunan menuju paras 1.32000, namun harga telah berjaya memaparkan lonjakan bertenaga semalam sehingga harga telah mencapai paras 1.33000 pada kenaikan yang diteruskan hari ini.
Dolar Kanada masih berisiko didagangkan dalam pasaran sementara keputusan mesyuarat oleh negara-negara pengeksport petroleum (OPEC) dinantikan pelabur dengan acara yang berlangsung semalam bersambung pada hari ini.
Selain itu, data-data penting Amerika Syarikat (AS) akan diteliti pada sesi New York malam nanti yang dijangka akan memacu arah mata wang US dolar.
Dan lebih kritikal buat carta USD/CAD, kedua-dua mata wang dolar Kanada dan US dolar akan dipengaruhi oleh terbitan laporan data pekerjaan Kanada dan NFP AS pada Jumaat esok hari.
Ketika ini, harga dilihat lebih cenderung untuk meneruskan peningkatan lebih tinggi susulan corak kenaikan yang dipaparkan semalam.
Harga juga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD itu, yang menunjukkan isyarat pergerakan bullish buat harga.
Namun, arah harga akan mengikuti bacaan data-data terbaru yang akan diterbitkan sehingga menuju dagangan penghujung minggu.
Sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi 1.33000, sasaran untuk lanjutan pendakian harga adalah mencapai paras 1.34000.
Harga akan mencatatkan paras tertinggi terbaru 4 minggu dengan corak pergerakan bullish yang dipamerkan itu.
Namun, jika harga kembali memaparkan terjunan semula, zon 1.32000 akan kembali menjadi tumpuan untuk dituju yang berpotensi untuk menjadi paras sokongan semasa.
Penurunan yang turut melepasi sokongan MA50 akan memberi indikasi untuk harga susut lebih rendah dan jika melepasi 1.32000, harga boleh mencecah hingga ke zon support sekitar 1.31200-1.31000.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG