Tak Sudah-Sudah Lagi Drama Jong-un dan Trump?

373

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un nampaknya sudah hilang sabar dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump selepas rundingan damai antara kedua-dua negara tidak berakhir dengan baik.

Jong-un dan Trump berjumpa dua tahun lalu bagi menyelesaikan konflik antara kedua-dua negara namun tiada kata putus dicapai sejak pertemuan itu.

Ekoran itu, Korea Utara cuba menjalankan pelbagai siri ujian nuklear bagi ‘menarik perhatian’ Trump tahun lalu.

Jong-un juga berpaling pendiriannya terhadap Korea Selatan dengan meletupkan pejabat perhubungan Seoul di utara sempadan Korea Utara-Korea Selatan.

Beliau turut mengancam untuk memindahkan semula tenteranya di kawasan gencatan senjata berdekatan sempadan pada bulan lalu tetapi menangguhkan pelannya itu.

Wujud spekulasi bahawa Jong-un mungkin akan melakukan tindakan provokasi ketika pilihan raya Amerika Syarikat pada November ini.

Dikhabarkan Jong-un berharap beliau dapat mencapai persetujuan dalam rundingan damai dengan Trump dalam pertemuan seterusnya supaya sekatan ekonomi terhadap Korea Utara ditarik balik selain program senjata nuklearnya dapat diteruskan seperti biasa.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat