Tak Tahan Perangai ‘Hauk’ SEC, Dua Peguamnya Letak Jawatan!

234

“Kalau pekerja dia pun fed up dengan tingkah laku SEC, apatah lagi kita kan?”

Sejurus selepas mahkamah daerah membenarkan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) menyalahgunakan kuasa serta bertindak jahat dalam kes mata wang kripto, dua peguamnya tanpa gentar terus meletak jawatan pada awal bulan ini.

Michael Welsh yang berkhidmat sebagai peguam perbicaraan di SEC dari Disember 2022 manakala Joseph Watkins bertindak sebagai peguam di Bahagian Penguatkuasaan bermula Januari 2023 adalah peguam utama dalam kes terhadap platform kripto DEBT Box.

Dilaporkan, peletakan jawatan kedua-dua peguam itu adalah susulan keputusan mahkamah daripada Ketua Hakim Robert J.Shelby yang membenarkan SEC memberi kenyataan palsu dan salah nyata terhadap kes Digital Licensing Inc yang turut dikenali sebagai DEBT Box.

Dalam pemfailan pada 18 Mac 2024, Hakim Shelby berkata kelakuan SEC tersebut merupakan penyalahgunaan kuasa diamanahkan oleh Kongres, jadi di sini dapat dilihat ia secara ketara akan menjejaskan integriti prosiding termasuk proses kehakiman.

SEC yang memperoleh pelepasan kecemasan bagi menghentikan firma berpangkalan di Utah tersebut pada Ogos 2023 bukan sahaja telah membekukan sementara aset mereka malah dapatkan perintah sekatan terhadap prinsipal DEBT Box di bawah tuntutan skim penipuan kripto $50 juta.

Memang tidak dinafikan Hakim Shelby telah menyatakan sesungguhnya bukti yang dikemukakan tiada sebarang asas, tetapi beliau tetap mengemukakannya melalui cara yang palsu dan mengelirukan ramai orang.

Oleh demikian, Hakim Shelby dan SEC didapati cuba sedaya upaya memutarbelitkan perkara untuk mengabaikan dan mengekalkan salah laku tersebut daripada membetulkan salah nyata itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat