Takkan Lah Trader Terus Nak Berdiam Diri Dalam Situasi Begini!

1,090

Keterujaan pasaran terhadap vaksin Covid-19 semakin pudar dengan para pelabur menjangkakan situasi semasa mungkin akan bertambah buruk sebelum keadaan kembali pulih.

Menyusul kenaikan 8 hari berturut-turut, pasaran saham mula merosot pada hari Khamis dan dijangka akan meneruskan penurunan pada hari ini berikutan kebimbangan terhadap peningkatan kes coronavirus.

Pada hari Khamis, UK mencatatkan 33,740 kes coronavirus sementara New York pula sedang mempertimbangkan penutupan sekolah dan Chicago telah mengeluarkan notis tinggal di rumah selama 30 hari ketika negara itu merekodkan lebih 150,000 kes.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback susut lebih rendah pada sesi Eropah selepas didagangkan mendatar ketika sesi Asia.

Matawang utama terus didagangkan di tahap harga yang sama walaupun mencatatkan sedikit peningkatan pada sesi dagangan hari ini berikutan ketidaktentuan dalam sentimen pasaran menyebabkan pelabur mengambil pendekatan untuk berhati-hati.

Dolar Aussie didagangkan sedikit berubah pada 0.7240 berbanding USD, sementara dolar kiwi susut lebih rendah, hampir memadamkan semua keuntungan yang diraih pada Rabu susulan keputusan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ).

Sementara dagangan euro sedikit meningkat menjelang penerbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga Zon Eropah pada petang ini.

Dagangan pound pula didagangkan sedikit tinggi pada $1.314 di tengah-tengah kebimbangan pasaran terhadap wabak Covid-19 dan rundingan perdagangan Brexit yang menunjukkan kedua-dua pihak masih berjauhan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat