Tanpa Vaksin Pun New Zealand Boleh Perangi Covid!

346

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden hari ini telah mengangkat semua sekatan di seluruh negara, kecuali di kawasan panas, Auckland memandangkan angka kes baru Covid-19 mula menunjukkan penurunan.

Namun begitu, terdapat beberapa sekatan juga dilonggarkan di Auckland, di mana perhimpunan sehingga 100 orang dibenarkan. Bagaimanapun menurut Arden, mereka memerlukan lebih banyak masa untuk mengangkat semua sekatan di bandar terbesar di negara itu.

Arden memberitahu wartawan dalam sidang media hari ini bahawa tindakan kerajaan secara kolektif telah berjaya membendung penularan virus. Namun, disebabkan Auckland merupakan pusat penularan, jadi mereka masih perlu berhati-hati.

New Zealand sebelum ini antara negara terawal yang berjaya mengekang wabak coronavirus, namun disebabkan tercetusnya gelombang kedua di Auckland pada Ogos, ia terpaksa meletakkan wilayah itu di bawah sekatan semula.

Mengikuti perkembangan terbaru, negara itu tidak mencatatkan angka baru dalam kes Covid-19 pada hari ini, meletakkan jumlah keseluruhan terkini kekal sebanyak 1,464 kes dengan 25 kematian iaitu jauh lebih rendah daripada negara-negara utama lain.

PM Arden, yang bakal menghadapi pilihan raya pada 17 Oktober ini, memberitahu bahawa analisis daripada menteri menunjukkan terdapat hanya 50-50 peluang untuk menyingkirkan Covid-19 secara menyeluruh menjelang akhir bulan ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat