Tarif Oleh Trump Memang Tidak Boleh Diterima! – UK

258

Setiausaha Perdagangan Britain, Liz Truss berjanji untuk memerangi pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat ke atas wiski Scotch, dengan menyifatkannya sebagai tidak dapat diterima dan tidak adil.

Liz Truss berkata bahawa beliau akan berjuang berhabisan untuk menolak pengenaan tarif ini, selain turut menuduh Kesatuan Eropah (EU) gagal melindungi kepentingan Britain dan Scotland.

Pada minggu lepas, pentadbiran Trump mengumumkan bahawa pihaknya akan mengekalkan 15% tarif ke atas pesawat Airbus dan 25% tarif terhadap barangan Eropah yang lain sebagai hukuman kepada subsidi yang diterima Airbus sebelum ini.

Britain telah mengatakan akan menekan Amerika Syarikat untuk menurunkan tarif terhadap barangan Eropah seperti wiski Scotch setelah industri itu memberi amaran bahawa perlaksanaan cukai oleh Washington akan merisikokan industri tersebut.

Truss mengatakan bahawa beliau akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari AS, Robert Lighthizer dalam beberapa minggu akan datang, ketika rundingan perdagangan pusingan keempat antara UK dan AS bermula.

Dalam pada itu, Truss memberitahu bahawa UK dan Jepun sedang berusaha untuk mencapai persetujuan menjelang akhir bulan Ogos ini, di mana perjanjian tersebut dikatakan memiliki kesepakatan dalam isu-isu utama yang lebih baik daripada perjanjian EU dan Jepun.

Britain yang telah meninggalkan EU pada awal Januari lalu, berusaha untuk membuat perjanjian perdagangan dengan Jepun menjelang berakhirnya tempoh peralihan antara UK dan EU akhir tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat