Tawaran Penswastaan Sokong Saham Daibochi Melonjak 13%

162

Harga saham Daibochi Bhd mempamerkan kenaikan drastik sebanyak 31 sen atau 12.97% kepada RM2.70 di sesi perdagangan Bursa Malaysia hari ini.

Lonjakan itu dipengaruhi susulan pemegang saham utamanya Scientex Bhd membuat perancangan untuk menswastakan syarikat tersebut.

Setakat 10.58 pagi, harga saham Daibochi kekal meningkat 12.55% kepada RM2.69 dengan memperoleh nilai permodalan pasaran sebanyak RM882.11 juta.

Ekoran daripada itu, ia tersenarai di tangga ke-6 kaunter paling untung hari ini dan menyaksikan lima juta saham diniagakan.

Scientex telah mengeluarkan cadangan untuk membeli ke semua baki saham serta waran Daibochi yang masih belum dimilikinya pada harga tawaran RM2.70 sesaham dan 32 sen per waran.

Secara keseluruhan ia merangkumi jumlah sebanyak RM345.3 juta.

Rancangan tersebut melibatkan pembelian 124.78 juta saham Daibochi yang mana mewakili 38.13% daripada jumlah saham terbitannya namun ia tidak termasuk saham perbendaharaan.

Ia juga meliputi 26.14 juta waran Daibochi dan mewakili 95.75% daripada waran tertunggak.

Pemerolehan itu dijangka bakal membolehkan fleksibiliti yang lebih besar dalam melaksanakan rancangan strategik kumpulan serta merealisasikan potensi pertumbuhan jangka panjang industri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat