Tech Mahindra Bina Penyelesaian Blockchain Bagi Manfaat Pelbagai Sektor

174

Firma teknologi besar India, Tech Mahindra akan bertanggungjawab dalam pembinaan dan pengurusan sepenuhnya penyelesaian blockchain di Amazon Managed Blockchain dalam 12 hingga 18 bulan dari sekarang.

Syarikat tersebut telah berkolaborasi bersama Amazon Web Services, termasuk beberapa organisasi lain bagi mewujudkan penyelesaian blockchain kepada pengguna mereka seluruh dunia.

Usaha Tech Mahindra, anak syarikat Mahindra Group itu juga turut merangkumi penyelesaian blockchain kepada sektor yang luas seperti sektor penerbangan, telekomunikasi dan kesihatan.

Pada waktu yang sama, pihak mereka juga akan memfokuskan kepada beberapa projek utama seperti perkhidmatan perbankan dan kewangan, runcitan, pembuatan termasuk pengguna minyak dan gas.

Bersesuaian dengan objektif utama mereka untuk menyelesaikan gangguan rantaian bekalan di dalam sektor tersebut, memastikan ekonomi tetap ‘hidup’ walaupun dunia dilanda pandemik.

Bagaimana penyelesaian blockchain itu dapat membantu industri tersebut?

Sektor penerbangan akan jauh lebih mudah dengan kewujudan ciri menjejak dan mengesan kiriman (kits) sepanjang proses penghantaran. Manakala bagi sektor telekomunikasi, penyelesaian blockchain akan membantu mereka dalam memastikan kecukupan bekalan.

Bagi industri kesihatan pula, teknologi yang dibangunkan akan membantu dari segi pengesanan dan mengenalpasti produk kesihatan tiruan termasuk peralatan perlindungan peribadi, topeng muka dan sanitizer.

Lebih menarik lagi, Tech Mahindra baru-baru ini telah melancarkan kontrak digital yang berasaskan blockchain dan hak pembinaan platform di atas blockchain IBM bagi manfaat golongan artis untuk memantau pendapatan, bayaran royalti dan hak digital.

Firma itu juga telah bekerjasama dengan pihak kerajaan selatan India, Telangana untuk memasarkan inovasi blockchain di daerah itu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat