Tekanan Buat Pound Bakal Dorong GBP/USD Ke Paras Lebih Rendah

627

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD pamer penurunan semula pada sesi New York selepas kenaikan di sesi Eropah gagal diteruskan semalam.

Pelabur masih melihat risiko bagi matawang Pound selepas rundingan terbaru Brexit pada minggu lalu masih lagi menemui jalan buntu di samping kekecewaan yang diluahkan oleh Ketua Perunding Brexit EU, Michel Barnier.

Jika diperhatikan pada carta GBP/USD, harga membuat kenaikan hampir menyentuh paras 1.31500 menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) namun gagal meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Harga kembali membuat penurunan hampir ke paras 1.30500 lebih rendah berbanding paras terendah pada dagangan minggu lalu.

Bersambung pada sesi dagangan hari ini (Selasa), harga pamerkan kenaikan di sesi Asia kembali menguji semula halangan dinamik MA50 yang menentukan trend harga masih bearish pada carta GBP/USD.

Jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi dari halangan tersebut, pelabur akan mula berwaspada terhadap isyarat perubahan trend bullish. Kenaikan harga akan menguji zon tumpuan sekitar 1.3200.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan menguji zon resistance di bawah paras 1.32800 dan juga rintangan bagi dagangan minggu lalu.

Sebaliknya, jika harga kekal meneruskan penurunan, zon support pada 1.3000 dilihat akan menjadi tumpuan utama harga.

Penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut bakal menuju pula zon support lebih rendah di bawah paras 1.29000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat