Dolar Australia dilihat terus menerima tekanan pada dagangan minggu ini ketika pelabur menilai kenyataan yang disampaikan oleh gabenor Reserve Bank of Australia (RBA) pada Selasa semalam untuk petunjuk dasar monetari bank pusat selanjutnya.
Gabenor Michele Bullock dalam ucapannya di satu acara persidangan di Sydney semalam dilihat dalam nada yang berhati-hati untuk penetapan dasar monetari mereka.
Para penggubal mengambil pendekatan berwaspada sementara menilai data-data ekonomi terbaru sebelum membuat keputusan.
Dolar Aussie dilihat pamer peningkatan berbanding US dolar di sesi Asia semalam, namun kembali menjunam lebih parah pada dagangan yang bersambung ke sesi-sesi berikutnya.
Memerhati pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga pamerkan kenaikan menuju paras 0.66000, namun kenaikan terhalang setakat tersebut.
Pergerakan drastik harga diperlihatkan pada sesi New York ketika pasaran dipengaruhi oleh data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.
Harga yang menguji paras 0.66000 kemudiannya telah menjunam hingga menyentuh paras 0.65400 yang dilihat sebagai zon sokongan buat harga.
Harga kemudiannya bergerak perlahan di atas paras tersebut sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu).
Namun, isyarat bearish diperhatikan pelabur ekoran harga dilihat gagal untuk melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Sekiranya harga ditekan lebih rendah di bawah paras 0.65400, penurunan berkemungkinan akan dilanjutkan lagi menuju zon tumpuan 0.65000.
Harga juga akan turut catatkan paras terendah terbaru 4 minggu jika pergerakan trend bearish dipaparkan.
Namun jika sebaliknya yang berlaku, kenaikan harga dilihat akan terus menguji halangan pada 0.66000 yang gagal ditembusi semalam.
Selepas berjaya lolos ke paras lebih tinggi, harga dijangka akan mencapai semula sasaran zon rintangan terdahulu sekitar 0.67000.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG