Tekanan Harga Kilang Di Australia Berkurangan Pada Suku Kedua.

41

Indeks Harga Pengeluar Australia berkembang dengan kadar sederhana pada suku kedua, menjadi petanda kepada kekuatan matawang AUD yang jatuh pada bulan Mei lepas.

Data Harga Pengeluar (PPI) untuk suku tahun kedua 2017 (April-Jun) meningkat 0.5% sedikit rendah daripada ramalan 0.6%. Namun, jika dibandingkan dengan laporan suku tahun kedua 2016, harga telah meningkat 1.7%.

Harga pengeluar dari killang-kilang biasanya bergerak seiring atau mempengaruhi tren harga pengguna sekaligus menentukan tekanan kos dalam ekonomi.

Kenaikan pada suku kedua tahun ini menyumbang kepada peningkatan harga dalam sektor kejuruteraan awam, pembinaan dan pertanian. Harga minyak menjadi salah satu penyumbang utama kenaikan harga dalam sektor perkhidmatan ini.

Awal minggu ini, kerajaan Australia menunjukkan kejatuhan kadar inflasi pengguna (CPI) untuk suku tahunan bulan Jun pada 1.9%, menurun daripada paras 2.2% berdasarkan laporan tahunan bulan Mei.

Dolar Autralia meningkat 0.1% kepada 0.7970 USD. Matawang ini telah meningkat sehingga 5% sejak bulan lepas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat