Teknologi Blockchain Mampu Tangani Wabak COVID-19?

410

Menerusi sebuah persidangan di Tokyo, Blockchain Global Governance Conference atau dikenali sebagai FIN/SUM Blockchain & Business pada hari ini, menteri kewangan Jepun, Taro Aso berpendapat bahawa penggunaan blockchain ketika wabak COVID-19 menyerang dunia mampu memberi impak positif.

Menurut Aso, teknologi blockchain merupakan kunci dalam menangani pandemik koronavirus berikutan cirinya yang tinggi dengan privasi dalam mengesan kontak.

Dikatakan blockchain berguna bagi sesiapa yang disyaki positif koronavirus menerusi pengesanan kontak kerana ciri privasi yang menyeluruh.

Malah, teknologi itu juga dapat membantu pihak berkuasa untuk menjalankan pencegahan wabak yang jauh lebih baik dan membendung jangkitan yang lebih liar pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, konflik yang timbul dalam kalangan komuniti blockchain dan penggubal undang-undang Jepun perlu diselesaikan. Aso percaya jika kedua-dua pihak bersatu dengan matlamat yang sama, usaha ini dapat dijalankan dengan baik.

Tidak dapat dinafikan majoriti pelabur matawang kripto di Jepun mempunyai tanggapan negatif terhadap pihak berkuasa, percaya bahawa kewujudan mereka merupakan halangan kepada inovasi berikutan kurangnya kesedaran terhadap impak positif teknologi.

Justeru, Aso berharap akan berlaku kerjsama antara dua pihak dalam mempertimbangkan penggunaan teknologi yang terbaik di bawah pemerintahan yang telus.

Aso bukan individu berpengaruh pertama yang menyokong penggunaan blockchain sebagai penyelesaian kepada beberapa isu yang melibatkan COVID-19.

Sebelum ini CEO syarikat kewangan SBI Holdings turut berpendapat yang sama, dengan tambahan teknologi itu mampu mengesan bekalan keperluan penting termasuk pelitup muka.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat