Teknologi Kuno ‘Hantui’ Bank Di Asia

672

Kira-kira 95% bank di Asia masih lagi menggunakan teknologi perbankan generasi kedua dan ketiga.

Menurut laporan terbaharu oleh International Data Corporation (IDC) yang ditaja oleh Thought Machine bertajuk ‘Digital Core — Now Is the Time’, perkara itu mengehadkan kemampuan bank untuk berinovasi selain turut menambahkan kos operasi.

Tambah laporan itu, purata usia teknologi perbankan di Asia adalah lebih 20 tahun.

Jelas laporan terbabit, bank-bank di Asia terutamanya bank utama tidak bersedia untuk berpindah kepada teknologi generasi keempat kerana tidak memenuhi objektif digitalisasi mereka dan bank beranggapan digitalisasi hanya tertumpu kepada penggunaan perbankan internet dan mudah alih sahaja.

Bagaimanapun, laporan itu menyatakan bank-bank bersaiz sederhana begitu cepat menerapkan sistem perbankan baharu. Bank-bank ini akan merasai pengalaman perubahan digital sebenar selain meningkatkan produktiviti perniagaan.

Menurut Pengarah Urusan Thought Machine Asia Pasifik, Nick Wild, teknologi adalah teras inovasi, terutamanya platform storan awan dan membolehkan bank digital baharu untuk ditubuhkan berpandukan teknologi storan awan, sekali gus menjimatkan kos, meningkatkan fleksibiliti dan inovasi produk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat