Telaga Minyak Iraq Dibom, Harga Terus Meroket!

3,336

Dua telaga minyak di wilayah Kirkuk di utara Iraq telah dibom pada hari ini, dipercayai dilakukan oleh pasukan militan IS sehingga menyebabkan kebakaran besar di kawasan itu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada waktu subuh ketika dua bom yang ditanam di telaga meletup di ladang minyak Khubbaz di sebelah barat ibu kota provinsi Kirkuk, kira-kira 250 km sebelah utara ibu kota Iraq, Baghdad, lapor Xinhua yang memetik sumber dari Syarikat Minyak Utara Iraq.

Letupan dua bom itu telah mengakibatkan kebakaran besar di kedua telaga tersebut, kata sumber itu, selain turut menambah bahawa anggota bomba telah bergegas ke tempat kejadian dan sedang berusaha memadamkan api.

Walau bagaimanapun, tidak ada korban jiwa dilaporkan susulan daripada serangan tersebut, tambah sumber itu lagi.

Hal ini telah mendorong lonjakan buat dagangan komoditi hitam di mana WTI Amerika Syarikat meningkat 1.27% kepada $46.18 setong, sementara minyak mentah Brent pula melonjak 1.23% pada $49.50 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat