Teliti Pergerakan Carta NZD/USD Selepas Terbitan Data Pekerjaan New Zealand

210

Sebagai mata wang sensitif risiko, dolar New Zealand (NZD) mengalami penyusutan susulan laporan mengenai lawatan Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi ke Taiwan yang dilihat boleh meningkatkan ketegangan AS-China sekali gus memberi tekanan kepada ekonomi global.

Namun, data terbaharu yang diterbitkan pada awal sesi Asia pagi ini (Rabu) menyaksikan kadar pengangguran New Zealand catat angka bacaan 3.3% untuk suku kedua, meningkat semula dari paras 3.2% yang merupakan paras terendah sejak bermula pada 1986.

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) dijangka akan melakukan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas bagi kali keempat berturut-turut akhir bulan ini, yang akan membuatkan kadar faedah ke paras 3.00%.

Dolar kiwi merosot selepas laporan tersebut diterbitkan sebelum melonjak semula menyambung dagangan ke pembukaan sesi Eropah.

Pergerakan harga bagi pasangan mata wang NZD/USD telah mencatatkan penurunan pada dagangan Selasa semalam setelah harga sebelum ini mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 minggu pada pergerakan di awal minggu mencapai paras 0.63500.

Namun harga gagal untuk mengekalkan corak pengukuhan tersebut selepas corak penurunan harga dipaparkan semalam kesan laporan mengenai lawatan Pelosi ke Taiwan yang membuatkan sentimen pasaran berisiko mengukuhkan US dolar dan melemahkan dolar Kiwi.

Pelabur menilai isyarat perubahan trend bearish dengan harga bergerak semula di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta NZD/USD dengan jangkaan penurunan lanjut bakal diteruskan bersambung pada sesi-sesi berikutnya.

Sekiranya penurunan harga diteruskan, harga berkemungkinan bakal menguji zon support pada 0.62000 yang dilihat menjadi paras sokongan harga pada dagangan minggu lalu.

Sekiranya harga berjaya menembusi zon support tersebut, penurunan yang lebih rendah dilihat bakal menyusut ke zon tumpuan sekitar 0.61500 bagi mencatatkan paras terendah terbaru 2 minggu.

Sebaliknya jika harga kembali pamerkan peningkatan yang lebih kukuh semula, zon halangan 0.63500 yang dicapai di awal minggu masih dilihat akan menjadi rintangan yang bakal diuji sebelum kenaikan dilanjutkan ke paras ketinggian terbaru.

Untuk sasaran kenaikan yang lebih tinggi, harga dijangka membuat lonjakan sehingga ke zon 0.64200 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 8 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat