Teliti Reaksi Dagangan Bursa Susulan Jangkaan Pelantikan Perdana Menteri Ke-9 Hari Ini

209

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi di sesi dagangan hari ini susulan minat belian yang rendah pada saham wajaran tinggi terpilih seperti CIMB dan Public Bank.

Pada 9.07 pagi, indeks penunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.94 mata kepada 1,517.89 daripada 1,514.95 semasa ditutup pada Khamis.

Lapor Bernama, indeks utama itu diniagakan 2.28 mata lebih tinggi kepada 1,517.23.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 198 berbanding 168, manakala 236 kaunter tidak berubah, 1,606 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 279.18 juta unit bernilai RM92.68 juta.

Malacca Securities yakin bahawa faktor seperti prosedur operasi standard (SOP) yang dilonggarkan di negeri Fasa Satu di bawah Rancangan Pemulihan Nasional (NRP) dan gambaran yang lebih jelas di sektor politik akan meningkatkan minat perdagangan di bursa tempatan.

Berikutan itu, pelabur dijangka bakal lebih memfokuskan kepada sektor pemulihan seperti pengguna serta pengangkutan dan logistik.

Musim pelaporan pendapat korporat yang akan datang juga akan menjadi salah satu aspek untuk mempengaruhi minat perdagangan semakin tinggi.

Dalam pada itu, dengan menantikan musim pelaporan, pelabur berkemungkinan akan menumpukan tumpuan kepada sektor teknologi, penjagaan kesihatan dan perkebunan.

Bagi saham wajaran tinggi, CIMB melonjak empat sen kepada RM4.64, Public Bank meningkat dua sen kepada RM3.93, Maybank menambah tiga sen kepada RM8.12 dan Kuala Lumpur Kepong naik 18 sen kepada RM20.18.

Manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.97 dan TNB susut dua sen kepada RM9.88.

Bagi saham aktif, TFP Solutions naik satu sen kepada 22 sen, Advance Synergy melonjak satu sen kepada 18 sen dan Malayan United Industries serta Dagang NeXchange masing-masing naik setengah sen kepada sembilan sen dan 74.5 sen.

AE Multi Holdins tidak berubah pada empat sen dan Serba Dinamik jatuh satu sen kepada 40.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE menokok 34.31 mata pada 7,144.47, Indeks FBMT 100 naik 21.63 mata kepada 10,812.31, dan FBM 70 memperoleh 31.6 mata kepada 14,558.91.

Indeks FBM Emas ‘meroket’ 23.06 mata kepada 11,097.36 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 11.94 mata kepada 12,193.28.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.16 mata kepada 189.03, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 41.94 mata kepada 14,838.64, dan Indeks Perladangan meningkat 36.59 mata kepada 6,410.09.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat