Tema Yang Dominan Buat Pasaran Minggu Ini ialah Ucapan Trump dan Pilihanraya Perancis

51

US Dollar kembali menjunam ke paras terendah dalam tempoh dua minggu berbanding Yen dalam dagangan Asia pada hari Isnin. Dalam masa yang sama, pelabur matawang ini kekal dalam dagangan berhati-hati sementara menanti ucapan Trump terhadap rancangan pembaharuan cukai.

Trump dijadual akan memberikan ucapan kepada Kongress minggu ini sambil memberi butiran lanjut terhadap pelan cukai dan perbelanjaan infrastruktur. Namun begitu, pelabur kekal bimbang jika Trump tidak mengulas lanjut mengenai jangkaan ini, sekali gus mengecewakan ramalan pasaran.

Steven Mnuchin iaitu Setiausaha Perbendaharaan AS berkata dalam satu temu bual pada Ahad mengatakan bahawa Trump akan menggunakan kesempatan itu untuk membentangkan pelan mengenai sistem cukai demi menjadikan syarikat-syarikat AS lebih berdaya saing.

US Dollar didagang meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 112.20 Yen selepas jatuh kepada 111.920 Yen dalam sesi awal pagi.

Sementara itu, matawang Euro kekal pada paras stabil berikutan kebimbangan terhadap proses pilihanraya yang akan datang di Perancis.

Ketua Dagangan Matawang di Mizuho Securities menyifatkan tema dominan buat pasaran minggu ini ialah pelan cukai Trump dan pilihanraya Perancis.

Selain itu, beliau turut menjangkakan US Dollar akan menjunam di bawah 112 menjelang ucapan Trump.

Dalam sesi ini juga, kebimbangan terhadap proses referendum Brexit terus memberi tekanan kepada matawang Sterling.

Sterling dilaporkan terbabas sebanyak 0.4 peratus kepada $1,2425.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai melonjak sebanyak 0.1 peratus.

 

Ini Faktor Yang Menyumbang Kepada Pengukuhan Minyak Mentah Dalam Sesi Asia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat