Ini Faktor Yang Menyumbang Kepada Pengukuhan Minyak Mentah Dalam Sesi Asia!

35

Harga minyak Brent meningkat pada Isnin berikutan pembekuan bekalan global yang semakin menunjukkan hasil. Namun begitu, keuntungan komoditi ini kekal terhad dengan peningkatan jumlah bekalan di AS.

Brent mentah didagang melonjak sebanyak 0.04 peratus kepada $56.01 setong, manakala WTI mentah didagang tidak banyak berubah pada $53.99 setong.

Harga logam hitam ini menjunam pada Jumaat lepas selepas data dari Maklumat Pentadbiran Tenaga AS menunjukkan peningkatan inventori minyak mentah sebanyak tujuh minggu berturut-turut.

Selain itu, pasaran ini berlegar di sekitar julat $4 dan $5 sejak November apabila OPEC dan beberapa pengeluar utama dunia lain bersetuju untuk mengurangkan bekalan komoditi ini.

Menurut ANZ Bank, stok minyak mentah menunjukkan peningkatan sebanyak 564,000 tong minggu lalu.

Agensi Tenaga Antarabangsa melaporkan nilai pematuhan perjanjian ini pada rekod 90 peratus pada bulan Januari berdasarkan purata kajian yang dibuat oleh Reuters.

Logam Kuning Memanfaatkan Ketidaktentuan Pasaran Global Sementara Menanti Ucapan Trump!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat