Tenaga Nasional Berhad Beri Berita Gembira Buat Pelanggan!

1,366

Para pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah diberi pilihan untuk melakukan pembayaran bil eletrik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu dari Mac sehingga Mei secara ansuran hingga hujung tahun ini.

Menurut ketua pegawai runcit TNB, Megat Jalaludin Megat Hassan berkata tiada sebarang caj tambahan yang akan dikenakan kepada pelanggan yang memilih skim pembayaran mudah. Tambahnya lagi, skim tersebut adalah terbuka kepada semua kategori pelanggan.

Di samping itu, pembayaran secara ansuran juga tidak akan dikenakan caj tambahan. Sebagai contoh, jika jumlah keseluruhan bil adalah sebanyak RM600, jumlah tersebut adalah tetap tanpa sebarang caj. Pada setiap bulan, TNB akan menyediakan bil kepada para pengguna pada setiap bulan sehingga Disember 2020.

Melalui inisiatif ini, TNB mahu meringankan beban orang ramai yang kebanyakannya terjejas akibat daripada penularan COVID-19, contohnya kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.

Selain itu, terdapat peningkatan penggunaan elektrik di kediaman berbanding sektor perniagaan. Hal ini demikian kerana orang ramai duduk di rumah dan sektor perniagaan tidak dibenarkan beroperasi ketika PKP. Penggunaan tenaga di kebanyakan perniagaan telah menurun sekitar 30% hingga 50%

Oleh itu, TNB telah menawarkan 3 pakej untuk perniagaan untuk membantu mereka yang menghadapi masalah aliran tunai dan boleh menangguhkan pembayaran bil mereka.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat