Tenang Semua! Ini Tindakan Credit Suisse Untuk Elak Kegagalan

530

Setelah mengalami kejatuhan ketara dalam saham pada Rabu, Credit Suisse mengumumkan pinjaman sebanyak 50 bilion Swiss franc ($54 bilion) daripada Swiss National Bank (SNB).

Menurut bank itu, ia akan memberi fokus kepada usaha memperkukuhkan kecairan terlebih dahulu dengan sokongan kemudahan pinjaman dilindungi dan kemudahan mudah tunai jangka pendek.

Difahamkan, kecairan tambahan ini akan menyokong bank dalam mengambil langkah yang perlu bagi mewujudkan bank lebih mudah dan berfokuskan kepada keperluan pelanggan.

Selain itu, gergasi bank pelaburan Switzerland itu juga akan membuat tawaran beli balik kira-kira $3 bilion sekuriti hutang.

Credit Suisse menyaksikan sahamnya jatuh lebih 20% pada hari Rabu, berpunca daripada kenyataan pemegang saham terbesarnya, Bank Negara Saudi bahawa ia tidak dapat menyediakan sokongan dana selanjutnya untuk bank itu.

Namun, laporan terbaru ini sedikit sebanyak membantu meredakan beberapa kebimbangan bahawa krisis tersebut akan bertambah buruk dan menyebabkan kegagalan Credit Suisse seperti mana yang dialami Silicon Valley Bank dan Signature Bank di Amerika Syarikat.

Ekoran itu, saham Credit Suisse melonjak lebih 30% pada pembukaan sesi Eropah hari ini.

Niaga hadapan AS juga meningkat melihatkan Dow Jones Industrial menokok lebih 100 mata, S&P 500 naik 0.39% dan Nasdaq tambah 0.5%.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat