Tenang Semua, Jack Ma Rupanya Tak Hilang Pun

12,270

Ketika dunia masih lagi tertanya-tanya keberadaan pengasas Alibaba dan Ant Group, Jack Ma, CNBC melaporkan individu terkemuka itu bukan hilang, tetapi hanya ingin menghindarkan diri daripada umum.

Susulan itu, saham Alibaba kembali melonjak 5% setelah merosot lebih 3% pada hari Isnin berikutan laporan mengenai kehilangan Jack Ma.

“Dia tidak hilang,” kata David Faber dari CNBC, selain turut menambah, “apa yang dapat saya katakan adalah kemungkinan besar Jack Ma di Hangzhou, di mana Alibaba beribu pejabat, dan sengaja tidak memperlihatkan dirinya, tetapi… itu tidak bermakna beliau hilang.”

Sebelum ini, beberapa media termasuk pihak INTRADAY melaporkan mengenai kehilangannya selepas beliau didapati tidak membuat kemunculan di khalayak umum lebih dua bulan sejak bercakap di sebuah forum pada akhir Oktober di mana Jack Ma telah mengkritik sistem kewangan China.

Ini menyebabkan syarikat Ant Group kini di bawah pemantauan Beijing, di mana IPO Ant Group telah digantung disebabkan beberapa isu membabitkan persekitaran pengawalseliaan teknologi kewangan.

Pihak berkuasa China kemudiannya melancarkan siasatan anti monopoli ke atas Alibaba pada akhir Disember lalu termasuk menggesa Ant Group supaya menyusun semula operasinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat