Biar Betul Jack Ma Hilang Dari Radar Sudah Lebih Dari 2 Bulan?

4,366

Hari ini dunia dikejutkan satu berita iaitu jutawan yang merupakan bekas pengurus dan juga pengasas Alibaba, Jack Ma dilaporkan telah hilang dari radar lebih dari 2 bulan.

Spekulasi tentang kehilangan Jack Ma semakin meningkat apabila pengasas Alibaba gagal untuk tampil dalam episod terakhir program realiti Africa’s Business Heroes, dimana beliau merupakan salah satu daripada panel hakim rancangan tersebut. Ketidakhadiran beliau dilihat sebagai sesuatu yang pelik kerana beberapa minggu sebelum episod akhir program tersebut beliau sempat untuk memuatnaik beberapa kenyataan di twitter beliau.

Episod terakhir yang dirakamkan pada November yang lalu malah menampilkan eksekutif Alibaba yang lain sebagai pengganti Jack Ma. Alibaba telah mengeluarkan kenyataan bahawa pertukaran panel adalah disebabkan jadual Jack Ma yang bertindih.

Menambahkan lagi spekulasi berkenaan hal ini ialah kehilangan Jack Ma selepas salah satu entiti perniagaan milik beliau, Ant Group berada dalam pemantauan kerajaan China susulan kenyataan kontroversi Jack Ma di Shanghai pada 24 Oktober . Dalam pidato di Shanghai, beliau telah mengkritik sistem kewangan di China dengan mengatakan bahawa ia bersifat ‘kuno’. Jack Ma malah mencadangkan agar kerajaan China perlu mewujudkan sistem yang lebih berinovasi untuk generasi akan datang.

Selang beberapa hari selepas kenyataan kontroversi itu, IPO Ant Group yang pada awalnya telah mendapat kelulusan telah digantung atas alasan beberapa isu termasuk seruan Jack Ma ke arah refromasi kewangan.

Sehingga kini orang ramai masih berspekulasi tentang penyebab hilangnya jutawan itu. Walaubagaimanapun, sehingga kini belum ada bukti yang kukuh mengenai hilangnya Jack Ma sejak 2 bulan lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat