Tengok! AUD/USD Dah Capai Paras Tertinggi 10 Minggu!

124

US dolar yang kekal melanjutkan corak penyusutannya sehingga ke hari ini (Rabu) mendorong kenaikan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD ke paras ketinggian terbaru 10 minggu.

Penyusutan US dolar berterusan pada sesi New York semalam walaupun data inflasi pengeluar Amerika Syarikat (AS) hadir dengan bacaan angka yang meningkat.

Indeks harga pengeluar (PPI) AS untuk bulan April catatkan bacaan yang lebih tinggi mengatasi ramalan dan mencetuskan jangkaan awal untuk peningkatan juga boleh berlaku pada bacaan inflasi pengguna (CPI) pada malam ini yang lebih menjadi keutamaan.

Dolar Aussie memanfaatkan peluang untuk meningkat minggu ini namun pelabur akan memerhatikan laporan data pekerjaan Australia pada sesi Asia esok hari (Khamis).

Corak bullish harga masih berjaya dikekalkan pada carta AUD/USD dengan harga yang terus bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu.

Kenaikan diteruskan di sesi Asia mencapai 0.66500 sedikit mengatasi paras ketinggian pada minggu sebelum ini.

Harga berpotensi untuk capai paras lebih tinggi lagi pada sesi-sesi dagangan berikutnya sekiranya US dolar gagal memulih dengan segera.

Kenaikan lebih tinggi harga seterusnya dilihat akan mensasarkan ke zon rintangan tumpuan pada 0.67000.

Sebaliknya jika harga alami penurunan semula, sokongan awal pada 0.66000 akan kembali dihampiri dan bakal diuji oleh harga.

Susut lebih rendah ke bawah paras tersebut akan menjangkakan harga menuju zon tumpuan sebelum ini sekitar 0.65600-0.65400.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat