Tentang Akaun Neteller Yang Semua Forex Trader Perlu Ambil Tahu

17,889

Ramai yang bertanya saya, apa itu Neteller ? Ok di bawah saya akan ceritakan satu-satu tentang neteller. Nak cerita dalam satu post sahaja mungkin tak sempat, saya akan ceritakan berperingkat-peringkat. Ia ibarat E-Currency yang semua forex trader perlu ada!

# Apa itu Neteller ?

Neteller ini adalah E-Currency, ala-ala Paypal yang di bina oleh Syarikat Optimal Payment. Neteller ini bagi saya adalah salah satu E-Currency yang selamat  digunakan kerana mereka berdaftar di bawah FCA UK iaitu badan kawal selia kewangan yang berprestige di UK di bawah Electronic Money Regulations 2011 (900015).

Neteller ini ibarat duit dalam bentuk digital dan diterima oleh banyak urusan deposit dan withdraw dari Forex Broker. Kebanyakan forex broker akan mempunyai Neteller sebagai pilihan deposit dan withdraw.

Matawang neteller dalam nilai USD, EUR, GBP dan banyak lagi. Tetapi biasanya kita pilih USD lah sebab senang uruskan.

 

# Kelebihan Neteller

Kebanyakan forex broker yang ada pilihan neteller, deposit dan withdraw guna neteller pantas.

Duit dalam neteller boleh transfer kepada rakan yang ada akaun neteller juga tanpa cas. ia digelar Ewallet.

Ewallet Neteller ini mudah dicairkan menjadi duit RM, sebab ramai orang dikalangan forex trader menerima iaitu membeli dan menjual neteller.

Neteller mempunyai Plastic Card Master Card, iaitu kita boleh request Debit Card dan mereka akan hantar kerumah kita dalam masa sebulan lebih kurang. Master Card tersebut kita boleh guna untuk swipe macam debit card lah, ataupun withdraw di ATM Machine di Malaysia jika kita ada duit dalam Neteller kita.

Sebelum pergi ke langkah selanjutnya, SILA DAFTAR AKAUN NETELLER anda di sini. – KLIK SINI

Atau boleh klik banner di bawah ini. Daftar dahulu nanti senang untuk cerita cara guna agar mudah faham!

 

# Cara Guna Neteller

Asalnya neteller ini hanya sebuah akaun yang tiada duit di dalamnya. Setiap akaun akan dikendalikan melalui Email Akaun ataupun No Akaun.

Akan ada 4 info yang anda perlu ingat. Email Akaun/No Akaun, Password dan Secure ID.

Maksudnya jika ada orang nak transfer Neteller EWallet kepada anda, anda perlu berikan sama ada No Akaun Neteller atau nak mudah bagi Email Akaun yang anda guna untuk  daftar Akaun Neteller anda itu. Kiranya pengganti No akaun la.

Selepas buka akaun, anda perlu Verified Akaun neteller anda. Cara verified adalah dengan memasukkan sedikit amount ke dalam Neteller anda.

Selepas masukkan amount sedikit ke dalam Akaun Neteller anda, barulah button Verified Akan Muncul untuk anda Verified.

Saya cadangkan anda masukkan sekitar USD20 untuk munculkan button Verified dan Apply Master Card Debit Card Neteller yang dikenakan cas sekitar USD15 tak salah saya untuk mereka shipping hantar terus ke rumah anda kad tersebut.

 

# Cara Verified Akaun Neteller

Nak masukkan duit dalam neteller. Anda boleh beli dari Exchanger amount Ewallet Neteller USD20 dengan Harga lebih kurang RM79. Rate neteller sekarang sekitar RM3.95 per 1 USD. (rujuk kenyataan Exchanger last sekali)

Jika anda nak transfer duit ke dalam neteller guna Debit Card bank pun boleh akan kena cas sehingga 4% dan ikut rate semasa dari BANK.

Selepas ada amount USD20 di dalam itu. Anda boleh klik bahagian Account dan anda akan nampak Verified sebelah kanan. Macam gambar di bawah. Kalau member areanya masih tak berubah macam gambar di bawah. Kalau berubah pun saya tahu anda boleh faham dan godek-godek tengok dalam tu.

panduan-neteller-malaysia-01

 

Verified perlu upload IC dan Utility Bill – macam verified akaun forex.

Bila akaun anda dah verified, anda boleh beli Ewallet neteller dari exchanger yang boleh dipercayai .

Atau jika anda tidak kenal dan tahu mana-mana exchanger, boleh terus masukkan duit ke dalam tu guna debit card.

Ewallet Neteller boleh guna untuk deposit dan withdraw di forex broker.

Selalunya dalam member area forex broker akan suruh kita masukkan Email Neteller atau Akaun No Neteller dan Secure ID. Lepas submit dia akan automatik tolak dari akaun Neteller.

Jika withdraw pun macam itu, dia akan terus masuk ke akaun yang kita guna untuk deposit sebelum ini atau suruh masukkan email. Selepas proceed mereka terus akan transfer ke akaun neteller anda.

Duit Ewallet dalam tu anda boleh cairkan dengan Jual pada Exchanger ataupun jika tiada exchanger berminat nak beli, anda boleh terus withdraw dari ATM guna Debit Card. Tetapi selalunya ada exchanger nak beli , atau mungkin ada rakan2 perlukan neteller. Boleh jual lah untuk cairkan RM.

 

# Boleh ke Jika tak Verified Akaun Neteller ?

Jika tak verified, anda hanya boleh received duit dari Neteller Akaun lain sekitar USD5 atau transfer USD5. Selepas itu akaun anda akan dibekukan. Lebih baik verified.

 

# Bagaimana Proses Jual/Beli Pada Exchanger :

Jika anda perlu Ewallet, anda transfer duit ke akaun bank local Exchanger, Exchanger akan transfer Ewallet ke akaun Neteller Anda.

Jika anda nak tukar Ewallet dalam Neteller jadi Duit, anda transfer Ewallet ke Akaun Exchanger, Exchanger akan transfer RM ke akaun Bank Local anda.

Exchanger boleh cari yang dipercayai.

 

# Bagaimana Jika anda tidak tahu Exchanger atau Kenal Exchanger Neteller dipercayai, atau takut kena tipu?

Dalam member area Neteller akan ada button Money In.

Ada banyak pilihan di situ untuk masukkan duit ke dalam neteller menjadi ewallet neteller. boleh masukkan guna debit card, visa mastercard dan pelbagai lagi. Boleh guna option tersebut!

 

 

Belum daftar ? Tunggu apa lagi boleh terus daftar  kerana ia akan memudahkan anda kemudian hari :

DAFTAR SEGERA AKAUN NETELLER ANDA SEGERA- KLIK SINI
HANYA 3 LANGKAH MUDAH

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat