Tepati Ramalan Penurunan, EUR/JPY Susut Ke Paras Terendah Terbaru 5 Minggu

328

Menepati ramalan penganalisis terhadap pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY semalam apabila harga susut sehingga ke zon support 128.00 selepas gagal melepasi rintangan pada zon 128.600 yang diuji.

Yen mempamerkan penyusutan nilainya pada sesi Asia pagi ini (Rabu) bersambung ke sesi Eropah selepas keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat Jepun diberi tumpuan.

Sementara untuk dagangan Euro pula, pelabur akan memberi perhatian terhadap terbitan data-data sektor ekonomi tumpuan di Eropah pada Khamis.

Bank of Japan (BOJ) mengekal kadar faedah tidak berubah di paras -0.10% seperti yang dijangkakan untuk meneruskan polisi yang longgar dalam menyokong ekonomi.

Unjuran positif oleh BOJ terhadap pemulihan ekonomi daripada pandemik secara beransur-ansur dan juga peningkatan pada pengeluaran dan eksport gagal mendapat reaksi positif daripada pelabur menyaksikan pergerakan lemah Yen.

Justeru, kenaikan harga pada carta EUR/JPY dilihat pada sesi Asia selepas harga melonjak dari zon support 128.00.

Halangan pada paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pada carta EUR/JPY turut dinilai pelabur sebagai isyarat bagi pergerakan harga selanjutnya.

Kenaikan harga dilihat bakal menguji semula paras 128.600 pada zon SBR (support become resistance) tersebut selepas kenaikan semalam gagal menembusinya.

Melepasi zon SBR tersebut akan memberi petunjuk lebih jelas terhadap perubahan trend bullish harga seterusnya akan mensasarkan ke paras ketinggian 130.00.

Sebaliknya, jika kenaikan harga hanya sekadar pembetulan harga, berkemungkinan corak penurunan harga yang dipaparkan sejak minggu lalu akan diteruskan.

Penurunan di bawah zon support 128.00 dijangka menuju ke paras tumpuan seterusnya pula yang lebih rendah sekitar 127.300.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat