Terbaik! Disney Teruja Dengan Dunia Metaverse Dan NFT

400

Syarikat Walt Disney antara syarikat gergasi yang kini sedang dalam proses untuk melangkah ke dunia NFT dan metaverse. Baru-baru ini didapati di laman sesawang mencari kerja ada menyiarkan iklan bahawa Disney sedang mencari pengurus pembangunan untuk mengurus syarikat multinasional itu dalam ruang NFT. Marvel, salah satu konglomerat hiburan Disney, sebelum ini telah menerokai NFT melalui kerjasama dengan Veve bagi menjual Marvel NFT.

Melalui penawaran jawatan terbaru itu, Disney mendedahkan bahawa konglomerat hiburan dan media yang berpangkalan di AS sedang mencari untuk mengupah pengurus pembangunan perniagaan yang bertanggungjawab ke atas “strategi pengalaman digital” syarikat.

Perkembangan terbaru ini hadir susulan Disney memberikan lesen teknologi metaverse untuk taman teman mereka. Antara tugas lain yang bakal di pertanggungjawab adalah  ke atas strategi NFT syarikat.

Disisi lain, Marvel telah menjadi ahli pertama konglomerat Disney yang berjaya memasuki ruang NFT.Pada Jun lalu, Marvel bekerjasama dengan VeVe untuk membenarkan peminat membeli koleksi digital Marvel NFT secara rasmi.

Seperti Disney, beberapa syarikat gergasi lain turut menyatakan minat mereka untuk menerokai bidang NFT. Baru-baru ini, Twitter turut menyiarkan penyenaraian kerja untuk pengurus bagi bahagian NFT mereka. YouTube dan syarikat induknya Google, serta Meta, juga telah menyatakan minat dalam pasaran web 3.0.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat