Terbitan Minit FOMC Dorong Ekuiti Melonjak

271

Ekuiti pamerkan lonjakan sebaik terbitan minit mesyuarat FOMC apabila pelabur lebih tertumpu kepada kebimbangan inflasi berbanding kemelesetan sementara minyak kekal dalam kejatuhan.

Indeks-indeks utama Amerika Syarikat (AS) berakhir dalam rali, menandakan bahawa prospek inflasi merosot dan  secara halus menzahirkan kehilangan kepercayaan terhadap kemampuan Federal Reserve (Fed) dalam membendungnya.

Indeks purata Dow Jones Industrial naik 0.22%, indeks S&P 500 capai 0.36% dan indeks Nasdaq Composite tambah 0.35% manakala indeks MSCI yang menjejaki sejumlah saham lain lonjak 0.14%.

Ulas Thomas Kennedy dari JP Morgan Global Wealth Management, pelabur kini tersepit antara kebimbangan terhadap inflasi atau prospek pertumbuhan yang semakin merosot.

Namun, korelasi merentas aset sejak beberapa minggu lalu mencadangkan inflasi adalah kebimbangan lebih besar dalam pasaran buat masa ini.

Sementara itu, data turut menunjukkan pembukaan pekerjaan AS jatuh dari jangkaan bulan Mei yang menandakan pasaran buruh kekal ketat dan mengurangkan tanggapan kemelesetan sedang berlaku.

Selain itu, tinjauan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) menambah bahawa Fed mungkin perlu meneruskan kenaikan kadar bagi menyejukkan ekonomi dan mengawal harga.

Beralih ke pergerakan mata wang, indeks dolar mengukuh lepasi paras 107 sementara Euro jatuh $1.02 buat kali pertama sejak Disember 2002.

Dalam pada itu, penanda aras hasil Perbendaharaan AS menyusut ke paras terendah 5 minggu sementara bahagian utama keluk hasil kekal terbalik yang menandakan amaran kemelesetan.

Penanda aras hasil 10 tahun jatuh 2.913%, menjauhi paras 3.498% yang dicatat pada 14 Jun iaitu paras tertinggi sejak April 2011.

Bagi komoditi, harga minyak kekal dalam penurunan dengan minyak mentah Brent turun 2.3% pada $100.40 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat