Terfikir Nak Labur Kripto? Jawab Dulu Soalan ini Dengan Jujur Tanpa Menipu!

1,119

“Tepuk dada tanya selera dulu kalau baru nak mula melabur dalam kripto.”

Kebanyakan individu pasti berminat untuk membeli mata wang kripto susulan prestasinya kian berkembang, namun adalah penting bertanya beberapa soalan kepada diri sendiri sebelum berdagang aset digital yang turut memiliki risiko tersendiri. Antara soalannya ialah:

Mengapa anda melabur dalam kripto?

Adakah anda melakukannya kerana percaya pada teknologi dan berpendapat kripto mempunyai potensi jangka panjang? Atau adakah melakukannya kerana fikir boleh memperoleh wang dengan cepat?

Pelabur yang berhasrat membeli kripto haruslah mengkaji dengan mendalam tentang sesuatu aset digital itu agar dapat mengetahui ia berpotensi untuk dilabur atau tidak, sama ada dalam jangka masa panjang mahupun pendek.

Apa yang anda mampu kehilangan?

Pelaburan kripto berisiko tinggi sehingga kebanyakan pengeluar kad kredit enggan membenarkan pemegang kad membeli aset digital menggunakan kad kredit mereka susulan harga kripto akan turun dan naik dengan sangat pantas.

Oleh demikian, pelabur diingatkan untuk mempertimbangkan jumlah yang sanggup untuk dilabur dalam kripto kerana pelabur berpotensi kehilangan sebahagian atau kesemua pelaburan itu.

Pelabur juga perlu mempelbagaikan risiko dengan membeli aset digital berbeza kerana harga kripto boleh jatuh dalam sekelip mata dan tidak akan pulih.

Apakah strategi pelaburan anda?

Adakah membeli kripto sebagai pelaburan ataupun pertaruhan spekulatif kerana kedua-dua pendekatan itu memiliki perbezaan besar.

Pelabur adalah seseorang yang percaya pada teknologi dan membeli kripto untuk mendapat keuntungan dalam jangka masa panjang manakala spekulator ialah individu yang ingin memperoleh keuntungan cepat dengan membeli harga rendah dan menjualnya ketika melonjak.

Individu yang ingin menjadi spekulator haruslah mempunyai perancangan kukuh dalam pelaburannya susulan kebanyakan orang yang tidak memiliki pengalaman melabur telah membeli sejumlah kripto tanpa sebarang pemahaman jelas.

Apakah strategi keluar anda?

Melabur adalah mudah tetapi menjual boleh menjadi sukar jika tidak mempunyai perancangan yang betul susulan harga kripto akan berubah-ubah secara pantas setiap masa.

Namun penjualan kripto didapati lebih mudah untuk pelabur jangka panjang berbanding perdagangan spekulatif yang hanya ingin menjual dengan cepat jika sesuatu aset digital tersebut jatuh.

Jadi anda perlu anda strategi untuk keluar dari pelaburan supaya tidak terperangkap pada tempoh waktu yang tak sepatutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat