Tergempar! Binance Umum Hentikan Perkhidmatan Dagangan ‘Spot’ Kripto Di Singapura!

3,119

Sejak hari minggu yang lepas, Binance telah mengambil beberapa langkah drastik yang mengemparkan pasaran kripto. Binance telah mengambil tindakan yang senada dengan Houbi dengan menyekat pendaftaran pengguna China.

Paling terkini, secara tiba-tiba, pertukaran kripto terbesar di dunia berdasarkan jumlah dagangan, Binance telah memutuskan untuk menghentikan perkhidmatannya di Singapura. Berdasarkan pengumuman terbaru, Binance merancang untuk menangguhkan pelbagai perkhidmatan termasuk saluran pembelian fiat, perdagangan spot kripto, fungsi deposit fiat, dan pertukaran tunai.

Penggantungan perkhidmatan itu akan berkuat kuasa bulan depan mulai 26 Oktober. Pengumuman rasmi dari Binance menyatakan:

“Kami akan membatasi penggunaan bagi pengguna Singapura sehubungan untuk mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh badan berautoriti. Pengguna di Singapura disarankan untuk menghentikan semua perdagangan yang berkaitan, mengeluarkan pelaburan dan aset kripto sebelum 2021-10-26.

Seperti sedia maklum, Binance telah berhadapan dengan tekanan dan pengawasan dari pihak berautoriti di seluruh dunia, termasuk di Singapura. Pengawal selia sekuriti negara telah meletakkan Binance.com di bawah Daftar Pengawasan Pelabur. Dengan ini, Binance bersama dengan 699 syarikat lain dalam daftar senarai ini tidak dapat menawarkan perkhidmatan mereka di Singapura.

Selain itu, Binace juga menghadapi tuduhan melanggar undang-undang pembayaran tempatan di Singapura. Bank pusat Singapura – Monetary Authority of Singapore (MAS) mempercayai bahawa Binance berkemungkinan melanggar Undang-Undang Perkhidmatan Pembayaran kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sesuai.

Disisi yang berbeza, Binance juga menangguhkan penawaran derivatif kripto di Australia. Mulai 24 September, ia akan berhenti menawarkan niaga hadapan, opsyen, dan token leverage kripto kepada pelanggan Aussie-nya.

Selanjutnya, Binance juga memberikan tempoh 90 hari untuk para pengguna yang ada untuk mengurangkan dan menutup kedudukan mereka.

Binance mengatakan bahawa ia telah bekerja secara konstruktif dengan pengawal selia di seluruh dunia untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat