Tergempar! ECB Adakan Mesyuarat Mengejut Menjelang FOMC

471

Euro melonjak susulan laporan mengenai Bank Pusat Eropah (ECB) akan mengadakan mesyuarat tidak berjadual pada hari ini untuk berbincang mengenai penjualan meluas dalam pasaran bon kerajaan.

Sejak ECB memberi indikasi mengenai kenaikan kadar faedah pada Khamis lalu, hasil bon telah meningkat dengan mendadak sehingga spread antara hasil Jerman dan Itali melambung ke paras tertinggi 2 tahun.

Mesyuarat tersebut dijadualkan pada jam 5 petang ini (waktu Malaysia).

Laporan ini telah mendorong euro untuk didagangkan 0.7% lebih tinggi berbanding US dolar dengan harga hampir mencecah 1.0500 pada awal sesi Eropah, sementara hasil bon Itali 10 tahun pula susut dan niaga hadapan saham Itali meningkat dengan mendadak.

Terdahulu, hasil bon Jerman 10 tahun penanda aras untuk kesatuan mata wang 19 negara, telah mencecah 1.77%, paras tertinggi mereka sejak awal 2014 manakala hasil Itali melonjak 240 mata asas lebih tinggi, spread terbesar sejak awal 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat