Tergempar! Kenya Jadi Negara Pertama Guna Bitcoin Sebagai Rizab Mata Wang?

2,000

Laporan terkini menunjukkan Central Bank of Kenya telah mengorak satu langkah berisiko dengan membuat keputusan untuk menggunakan Bitcoin sebagai mata wang Rizab bagi menyelesaikan masalah kewangan di negara itu.

Gabenor Bank Pusat Kenya, Patrick Njoroge dalam salah satu kenyataan berpendapat bahawa Bitcoin dapat menyelesaikan masalah penyusutan matawang negara sebagaimana yang diberikan penekanan oleh Tabung Kewangan Antrabangsa (IMF).

Matawang negara, Shilling telah menunjukkan trend penyusutan sejak beberapa dekad kebelakangan ini dan telah kehilangan hampir 50% nilainya berbanding US dolar sejak tahun 2010. Pada tahun lepas sahaja, matawang Kenya telah susut hampir 10% berbanding US dolar.

Penularan wabak Covid-19 di negara telah menambah buruk keadaan. Justeru, institusi tersebut telah mengusulkan satu cadangan radikal bagi mengatasi masalah yang sedang berlaku.

Njoroge percaya bahawa Bitcoin dapat menghadirkan solusi. Beliau juga percaya bahawa Bitcoin dapat melindungi matawang Shilling dari kerugian pertukaran forex dan boleh menurunkan hutang negara.

Bitcoin kini menjadi aset kripto terbesar di dunia kini lebih berharga daripada syarikat gergasi Facebook dan Tesla. Bitcoin kini didagangkan pada paras tinggi $48,119.05 setakat jam 9.20 p.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat