Tergempar!Samsung Mula Intai Dunia Metaverse,Umum Ciri Khas!

833

Pada 6 Januari, Syarikat elektronik Gergasi Korea (Samsung) telah memperkenalkan satu ciri yang membolehan pelanggan menghadiri acara atau konsert secara maya. Pengalaman metaverse terbaru itu digelar Samsung 837X.

Dalam pengumumannya mereka menyifatkan ciri itu sebagai “dunia mengasyikkan yang boleh diterokai secara maya.” Samsung 837X ialah ” ibarat taman permainan untuk orang ramai menerokai perkara yang menakjubkan apabila teknologi dan budaya saling bertembung,” .

Peminat yang ingin memanfaatkan peluang itu perlu terlebih dahulu memasuki Decentraland – platform realiti maya terkemuka yang dikuasakan oleh blockchain Ethereum.

“Apa yang menarik, anda boleh mendapatkan lencana NFT dan koleksi eksklusif, item terhad untung pengguna Samsung Decentraland yang dapat diselaraskan di avatar ” jelas syarikat gergasi itu.

Sepanjang tahun 2022, firma itu berhasrat untuk membawa pengalaman baharu kepada ramai orang dengan melancarkan pendekatan multiverse pada platform baharu. Samsung 837X juga akan dibuka di Decentraland untuk tempoh yang terhad.

Naib Presiden Kanan Pemasaran Korporat dan Komunikasi di Samsung Electronics America, Michelle Crossan-Matos berkata :

“Di Samsung 837X, kami teruja untuk menceritakan kisah ketersambungan, kemampanan dan penyesuaian kami dengan cara yang baharu dalam ruangan yang unik. Metaverse memberi kami kuasa untuk melepasi had fizikal dan ruang untuk mencipta pengalaman maya yang unik. Inovasi ini membuatkan kami tidak sabar menunggunya.”

Beberapa hari yang lalu, Samsung telah mengumumkan rancangannya untuk mengintegrasikan “non-fungible token. Untuk mencapai matlamatnya, Samsung akan menyepadukan “NFT Aggregation Platform” baharu pada TV pintarnya mulai tahun ini. Ciri ini akan tersedia pada model “MicroLed, Neo QLED dan versi The Frame”, kerana pengguna akan dapat membeli koleksi digital terus daripada set TV.

Teknologi Gergasi itu agak aktif dalam ruang aset kripto sejak kebelakangan ini. Pada awal minggu ini juga, ia telah bekerjasama dengan Veritree iaitu platform blockchain yang dikuasakan oleh Cardano.

Oleh hal demikian, Samsung berikrar untuk menanam lebih daripada dua juta pokok di wilayah Madagascar menjelang akhir Q1 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat