Terhalang Di Paras ¥137.00, Mampukah USD/JPY Kekalkan Trend Bullish?

111

Seperti yang diperhatikan pada carta pasangan mata wang USD/JPY sepanjang minggu lalu, harga menunjukkan corak pergerakan sideway di antara julat 137.00-135.00.

Ketika US dolar memaparkan pengukuhan, harga membuat kenaikan sehingga terhalang di zon rintangan 137.00.

Sementara ketika Yen lebih baik berbanding US dolar menyaksikan penurunan harga yang berlaku menuju zon 135.00 yang menjadi sokongan buat harga.

Zon RBS (resistance become support) tersebut selagi belum ditembusi akan menjangkakan harga masih berpotensi untuk menyambung pergerakan trend bullish.

Untuk perkara itu berlaku, kenaikan harga perlulah melepasi rintangan 137.00 yang kini menjadi paras tertinggi harga dicapai untuk tempoh dagangan 10 minggu.

Namun, penyusutan US dolar pada dagangan penghujung minggu telah melihatkan harga yang telah mencapai 137.00 kembali susut dan menutup dagangan sesi terakhir sekitar 135.800.

Penurunan diteruskan pada pembukaan sesi Asia pagi ini, dengan harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY itu memberi indikasi bearish.

Sekiranya kenaikan berjaya melepasi rintangan 137.00, harga bakal merekodkan ketinggian terbaru lagi dengan sasaran untuk menuju sehingga paras 139.00.

Namun jika harga terjun menembusi zon RBS 135.00, pelabur mula bersedia untuk perubahan trend harga dengan jangkaan penurunan lebih rendah.

Penurunan awal dilihat akan ke sekitar 134.00 sebelum melanjutkan lagi penurunan mencecah sekitar 132.00 sekiranya US dolar didagangkan terlalu lemah.

Pantau juga sentimen pasaran semasa yang boleh mempengaruhi dagangan pasangan mata wang safe-haven ini.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat