Terima Kasih McConnell! Harga Minyak Kembali Menguat

314

Harapan terhadap pakej rangsangan Amerika Syarikat kembali menyokong dagangan minyak mentah untuk didagangkan meningkat pada sesi Asia hari ini.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan stabil pada $50.73 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula positif pada $47.53 setong.

Ketua Majoriti Mitch McConnell, Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi, serta pemimpin Demokrat Senat Chuck Shumer dan pemimpin Parti Republik Kevin McCarthy dilaporkan hadir dalam pertemuan tersebut. Sementara Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin pula akan menyertai melalui panggilan telefon.

Kenyataan positif daripada McConnell telah menyokong harapan pasaran bahawa kesepakatan akan dapat dicapai.

McConnell memberitahu wartawan bahawa mereka akan mendapatkan perjanjian secepat mungkin. Tambah beliau lagi, kedua-dua pihak masih berbincang dan ada kesepakatan bahawa mereka tidak akan berundur tanpa rang undang-undang perbelanjaan dan bantuan Covid-19.

Bagaimanapun, kebimbangan terhadap permintaan bahan bakar yang lemah terus menekan harga minyak daripada naik lebih tinggi, lebih-lebih lagi dengan sekatan lebih ketat dilaksanakan di Eropah.

Selain itu, bekalan minyak mentah AS yang meningkat untuk minggu kelima berturut-turut juga membataskan kenaikan harga minyak.

Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan peningkatan ketara dalam stok minyak mentah AS sebanyak 1.973 juta tong pada minggu lalu, setelah merekodkan kenaikan 1.14 juta tong pada minggu sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat