Terinspirasi Dengan Sebuah Filem, Wanita Ini Tekad Menukar Cita-cita Ke Dunia Pelaburan!

425

Anda pernah tonton filem The Pursuit of Happyness?

Filem ini merupakan sebuah filem autobiografi Amerika yang dilancarkan pada tahun 2006 yang berdasarkan kisah benar. Filem tersebut menceritakan tentang seorang usahawan yang bernama Chris Gardner lakonan pelakon terkenal Will Smith, yang hampir setahun menjadi gelandangan.

Hakikatnya, ramai yang terinpirasi dengan kisah berkenaan begitu juga dengan Nelisiwe Masango. Cita-citanya sejak kecil ialah untuk menjadi seorang pakar bedah otak. Setelah menonton filem berkenaan, Masango memutuskan untuk menukar haluannya kerana terlalu ramai yang menjadi mangsa skim piramid.

Pada tahun 2011, Masango tidak dapat meneruskan pengajiannya dalam bidang pengurusan keusahawanan di universiti kerana masalah kewangan. Tanpa mengenal erti putus asa, beliau mula meneroka dunia pelaburan dengan mempelajari tentang forex trading, pasaran ekuiti dan derivatif. Di samping itu, beliau juga belajar tentang cara-cara untuk berdagang di Bursa Saham Johannesburg (JSE).

Seterusnya, Masango telah menubuhkan Bear Run Investments pada tahun 2013. Setelah memulakan perniagaannya sendiri, beliau banyak didedahkan dengan ilmu dan pengalaman baru. Kini, beliau telah berjaya mengembangkan perniagaannya dengan penubuhan 2 buah syarikat baru iaitu Gentle Hands Agency dan FeFine.

Gentle Hands Agency merupakan sebuah agensi recruitment manakala FeFine (Females with Finance) pula bertujuan untuk mendedahkan wanita kepada industri kewangan dan menggalakkan mereka untuk mencapai kestabilan kewangan tanpa mengira peringkat umur.

Walaupun baru berusia 20-an, Masango telah berjaya bergelar seorang hartawan perniagaan wanita dengan pelbagai pencapaian. Pada tahun 2016, beliau telah dipilih oleh Santam Insurance untuk menjadi duta usahawan mereka.

Selain itu, beliau juga mengambil bahagian dalam siri 6 bulan untuk mempromosikan keusahawanan. Pada tahun 2017, beliau telah menerima penghargaan dalam Anugerah Pertumbuhan Inovasi dan Kepimpinan Afrika 2017. Hebat bukan?

Meskipun telah memiliki 3 buah perniagaan serta menjadi seorang jutawan selebriti, Masango telah mengambil keputusan untuk meneruskan pengajiannya yang terhenti separuh jalan. Betul-betul Beauty With Brain!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat