Pengukuhan US dolar berjaya dipaparkan semula pada dagangan sesi-sesi terakhir minggu lalu selepas pasaran menghadam keputusan mesyuarat FOMC yang terbaru.
Pada Khamis, US dolar menunjukkan penyusutan ketika menuju keputusan mesyuarat, mengurangkan semula separuh keuntungan yang dicatatkan ketika acara pilihan raya Amerika Syarikat (AS) yang memihak kepada Donald Trump.
Selepas Federal Reserve (Fed) mengumumkan pemotongan kadar faedah lebih kecil sebanyak 25 mata asas, US dolar beransur-ansur mengukuh semula di samping turut disokong oleh beberapa data ekonomi AS yang positif.
Mata wang Euro dilihat tambah tertekan dengan situasi semasa, di samping kemenangan Trump juga akan meningkatkan kebimbangan tarif di Eropah.
Jika diteliti pula pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang meningkat ke paras 1.08000 kembali membuat penurunan semula ke sekitar 1.07000.
Zon 1.07000 kini dilihat sebagai zon support semasa buat harga di mana pergerakan harga mencecah sekitar itu pada penutup minggu lalu dan kekal perlahan berlegar pada pembukaan awal minggu ini.
Isyarat bearish harga diperhatikan setelah harga susut semula bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Harga cenderung untuk menyambung corak penurunan, namun perlu melepasi dahulu support 1.07000.
Sekiranya harga tembus bawah zon tersebut, penurunan akan diteruskan untuk harga catatkan paras terendah terbaru 7 bulan.
Sasaran untuk penurunan lanjut harga adalah menuju sekitar 1.06000 selepas kali terakhir dicecah pada dagangan April lalu.
Namun jika harga terus melantun naik dari 1.07000 tersebut, rintangan adalah pada 1.08000 untuk diuji seperti penghujung minggu lepas.
Selepas berjaya mengatasinya, kenaikan lebih tinggi akan diteruskan untuk menuju tumpuan berikutnya pada 1.09000 atau ketinggian sebelum terjunan minggu lalu berlaku iaitu sekitar 1.09500.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK