Terjunan Maut USD Buat Matawang Utama Mengamuk!

681

Terjunan maut dolar greenback telah mendorong kebanyakan matawang utama untuk melambung lebih tinggi pada sesi New York.

Ini susulan kenyataan dovish Federal Reserve (Fed) yang mengatakan bank pusat bersedia untuk menyesuaikan pendirian dasar monetari yang sesuai jika timbul risiko.

Matawang berkaitan komoditi antara yang paling banyak meraih keuntungan, terutamanya dolar Aussie yang turut disokong oleh data ekonomi memberangsangkan.

Kadar pengangguran Australia menurun kepada 5.8% pada bulan Februari, jauh lebih baik dari bacaan yang disemak semula pada Januari dan jangkaan pasaran sebanyak 6.3%. Pekerjaan pula melonjak 88,700 pada bulan lepas berbanding dengan kenaikan 30,000 yang dijangkakan.

Selain itu, dolar kiwi turut mencatatkan kenaikan lebih tinggi sebelum digoyahkan oleh bacaan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) New Zealand yang menunjukkan penguncupan 1% pada suku keempat.

Kemerosotan USD turut mendorong dolar Kanada untuk melambung ke paras ketinggian terbaru sejak Februari 2018, dengan meredakan kebimbangan pasaran terhadap angka inflasi Kanada yang kurang memberangsangkan dengan bacaan 0.5% daripada jangkaan 0.7%.

Sementara itu, matawang pound dan euro juga menokok tinggi dengan masing-masing didagangkan di sekitar harga 1.39500 dan 1.19700 berbanding US dolar.

Pound sterling menjadi tumpuan utama pasaran menjelang mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada malam ini yang dijangka akan menyaksikan bank pusat kekal dengan kadar faedah tidak berubah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat