Terkini – Binance Putuskan Untuk Hentikan Perkhidmatan Derivatif Di Negara Ini!

7,402

Pada hari ini Binance telah membuat pengumuman penting mengenai tawaran perkhidmatan yang berkaitan dagangan pasaran niaga hadapan. Sejak beberapa bulan yang lalu, badan berautoriti telah menekan bursa perdagangan kripto, Binance untuk menghentikan beberapa perkhidmatan mereka.

Terbaru, Binance mengumumkan penamatan dagangan pasaran niaga hadapan, opsyen dan kripto leveraj untuk pengguna Australia. Pengumuman pada 21 September ini menjelaskan bahawa hanya pengguna Australia akan terkesan.

Langkah ini akan berkuatkuasa pada 24 September ini dimana bursa perdagangan Binance akan menghentikan penawaran dagangan pasaran niaga hadapan, opsyen dan kripto leveraj. Pengguna Australia mempunyai 90 hari untuk membuat persiapan terakhir seperti menutup posisi dagangan. Namun mereka yang terlibat tidak boleh meningkatkan atau membuka posisi terbaru.

Sekiranya didapati gagal untuk menutup posisi dagangan selewat-lewatnya pada 23 Disember, 23:59 (UTC) maka semua posisi perdagangan akan ditutup secara automatik.

Dalam masa yang sama, Binance mengakui bahawa perkara ini adalah bahagian dari usaha untuk mengekalkan kerjasama dengan badan berautoriti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat