Terkini! Laporan J&J Ini Buatkan Ramai Pelabur Resah!

1,380

Johnson & Johnson mengeluarkan laporan bahawa satu dos vaksin hanya memiliki keberkesanan sebanyak 66% dalam mencegah pandemik Covid-19. Data ini adalah berdasarkan percubaan secara besar-besaran di tiga benua berbeza.

Dalam percubaan yang melibatkan 44,000 sukarelawan, angka keberkesanan dalam mencegah pesakit Covid-19 sederhana dan krtikal di Amerika Syarikat ialah sebanyak 72%, 66% di Amerika Latin dan hanya 57% di Afrika Selatan, dimana varian baru yang membimbangkan telah tersebar.

Sebelum ini pengeluar vaksin oleh Syarikat Pfizer/BioNTech dan Moderna telah mengumumkan bahawa keberkesanan vaksin keluaran mereka mencapai sekitar 95% dalam mencegah simptom Covid-19 apabila diberikan dua dos.

Walaubagaimanapun, hasil angka tersebut adalah berdesarkan percubaan yang dilakukan di Amerika Syarikat dan sebelum kemunculan varian baru. J&J kini meletakkan matlamat bahawa vaksin mereka haruslah mencapai keberkesanan sebanyak 85% bagi menghentikan pandemik tersebut terus merebak dan mencegah pelabgai jenis varian.

J&J merancang untuk mendapatkan kebenaran penggunaan kecemasan dari Food and Drug Administration A.S. pada minggu hadapan.Tidak seperti vaksin Pfizer / BioNTech dan Moderna, J&J tidak memerlukan suntikan dos kali kedua atau dibekukan. Ini menjadikan vaksin J&J salah satu pilihan utama.

Bursa Saham dibuka rendah pada hari Jumaat selepas data vaksin dari J&J menekan sentimen dan meningkatkan kebimbangan pasaran institusi dan runcit.

Bursah Dow Jones jatuh 59.5 mata, S&P jatuh 9.3 mata dan Bursa Nasdaq jatuh 52.4 mata semasa pembukaan pasaran.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat