Terpedaya! Pemain Bola Sepak Brazil Kena Scam Kripto $5 Juta!

263

“Scammer sentiasa ada jadi pelabur jangan lalai ye kalau nak melabur kat sesuatu tempat.”

Tiga pemain bola sepak Brazil profesional iaitu Gustavo Scarpa, Mayke Rocha de Oliveira dan Wilian Bigode mengalami kerugian lebih $5 juta susulan melabur dalam Xland yang didakwa sebagai syarikat mata wang kripto palsu.

Namun, Xland menafikan pertuduhan tersebut dengan berkata syarikatnya sama sekali tidak menjalankan skim piramid dan berjanji untuk membayar balik mangsa.

Pun begitu, Scarpa, pemain bola sepak Brazil untuk kelab Liga Perdana Nottingham Forest dan Mayke yang bertanding di pasukan Serie A Brazil Palmeiras didapati telah didesak untuk menyertai Xland sebagai pelabur.

Dilaporkan, Scarpa yang melabur sebanyak $1.2 juta, Mayke $757,000 dan Bigode pula $3.3 juta telah memfailkan aduan kepada polis beberapa bulan lalu apabila seluruh dananya lesap selepas Xland menjanjikan pulangan 5% setiap bulan.

Rentetan itu, ketua penyiasat kes itu bernama Vinicius Salva tetap mendakwa operasi Xland adalah skim piramid walaupun syarikat tersebut berkata bahawa kerugian pelabur adalah berpunca daripada kejatuhan FTX yang tercetus pada November 2022.

Pada sisi berbeza, pihak berkuasa tempatan menahan Claudio Oliveira pada 2021 termasuk merampas kereta mewah beliau serta sejumlah dana susulan mencuri 7,000 BTC daripada pelanggannya dan memindahkan aset digital tersebut ke wallet peribadinya.

Sementara terdapat siasatan digelar “Operation Poyais”, di mana pesalah bukan sahaja mencuri sejumlah besar dana daripada mangsa sepanjang tahun malah mencuci aset digital bernilai $766 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat