Token NEAR Protocol (NEAR) dan Aurora (AURORA) tidak ketinggalan sauk tuah dengan lonjakan harga selepas bergabung dengan rangkaian Terra pada Rabu.
Pemerhatian mendapati NEAR melonjak sebanyak 39% dari paras terendah harian, $8.52 kepada paras tertinggi harian, $11.84 semalam.
Ketika penulisan, NEAR sedikit susut didagangkan pada $11.75 dan masih bertahan dengan peningkatan hampir 28% untuk tempoh 24 jam.
Melalui integrasi yang berlaku melalui kerjasama protokol DeFi – NearPad dan Rose, UST kini bersiaran di rangkaian NEAR dan Aurora.
Ini bermakna, pertumbuhan dan permintaan UST akan semakin rancak baik. Sekaligus akan memberi kesan kepada harga LUNA.
TerraUSD atau UST merupakan stablecoin yang dihasilkan di Terra. Aset ini saling berkait dengan koin natif Terra, LUNA sebagai pelindung inflasi.
Aurora pula merupakan Ethereum Virtual Machine (EVM) yang dibangunkan di Near Protocol, turut menyaksikan lonjakan harga AURORA meningkat 20.88% dalam 24 jam dan didagangkan pada $12.95 ketika penulisan artikel.
Bagaimanapun, NEAR masih jauh daripada rekod tertinggi sepanjang masa (ATH), $13.21 pada 26 Oktober. Aset ini perlukan sekurang-kurangnya lonjakan sebanyak 19% untuk menebus kembali penyusutan terdahulu.