Tersentak GBP/USD Melonjak 180 Pips, Ini Rupanya Sebab Utama!

800

Pergerakan drastik harga dipaparkan oleh matawang Pound Sterling di sesi Eropah semalam mengejutkan ramai pelabur. Apa sebenarnya telah berlaku sehingga matawang tersebut ketara mencanak?

Hal ini adalah didorong oleh reaksi pasaran terhadap kenyataan oleh Timbalan Gabenor Bank of England (BOE), Dave Ramsden semalam berkenaan polisi bank pusat.

Beliau menyatakan bahawa bank pusat tidak akan melaksanakan langkah kadar faedah negatif dalam masa terdekat sebagai pilihan. Kenyataan ‘hawkish’ tersebut telah memberi impak positif terhadap dagangan Pound.

Justeru, pasaran telah menyaksikan lonjakan Pound pada awal minggu dengan kenaikan harian pada carta pasangan matawang GBP/USD mencecah 180 pips melepasi paras 1.29000.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada awal sesi Asia perlahan, namun harga telah pun berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat awal untuk trend bullish bermula.

Seterusnya, kenyataan Ramsden telah menjadi pencetus untuk permulaan kenaikan harga pada carta GBP/USD. Walaupun begitu, pelabur tetap berwaspada memantau perkembangan rundingan Brexit.

Sesi Asia pada Selasa melihatkan harga berlegar sekitar zon SBR (support become resistance) di bawah paras 1.29000 selepas lonjakan harga semalam kembali menutup dagangan di sesi New York lebih rendah semula.

Jika momentum kenaikan diteruskan, harga bakal bergerak lebih tinggi dengan paras sasaran adalah pada resistance 1.30000.

Namun, jika harga kembali membuat penurunan semula di bawah zon SBR 1.29000, penurunan dijangkakan akan ke paras 1.27600yang dilihat sebagai zon RBS (resistance become support). Paras sokongan dinamik MA50 juga akan turut diuji untuk menguatkan lagi jangkaan perubahan trend bearish semula.

Seterusnya, zon support pada 1.26700 akan menjadi tumpuan pada penurunan harga yang berjaya diteruskan.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat