Walaupun pergerakan harga perlahan pada awal minggu ini, namun kebanyakan mata wang utama dalam pasaran dilihat berjaya mengatasi US dolar yang kembali paparkan prestasi suram sejak penutup minggu lalu.
Ini disusuli oleh terbitan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kurang memberangsangkan dan kembali meningkatkan semula jangkaan untuk peralihan dasar monetari Federal Reserve (Fed) ke fasa pelonggaran pada tahun 2024.
Euro berjaya catatkan kenaikan ke paras ketinggian terbaru 4 bulan berbanding US dolar setelah mengatasi paras dicapai pada minggu lalu.
Meneliti pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga kembali mencapai semula paras 1.10000 pada Jumaat lalu sebelum kenaikan lebih tinggi pada Isnin semalam berjaya mengatasi paras rintangan tersebut.
Kenaikan harga capai paras ketinggian terbaru sekitar 1.10400 namun harga dilihat berundur semula ke paras 1.10000 di penghujung sesi New York.
Harga masih berlegar di atas zon 1.10000 menyambung dagangan pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa) dengan jangkaan corak kenaikan sederhana bakal diteruskan.
Jika paras ketinggian semalam berjaya diatasi, harga akan terus catatkan rekod terbaru dengan sasaran untuk mencapai sekitar 1.10700 hingga zon 1.11000.
Namun risiko untuk kejatuhan semula harga tetap ada dengan ketidaktentuan pada dagangan minggu terakhir tahun ini.
Jika harga dilihat mula susut di bawah paras 1.10000, ini akan menjadi petanda amaran untuk pelabur bersedia bagi kejatuhan harga ke paras lebih rendah.
Sasaran terhampir bakal dituju harga dilihat pada sekitar zon 1.09000 dengan reaksi harga di sekitar itu akan diperhatikan sama ada pergerakan bearish akan diteruskan atau sebaliknya.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG