Terus Dipacu Sentimen Positif, Dagangan Bursa Pamer Reaksi Garang!

137

Bursa Malaysia pada sesi dagangan hari ini dibuka sedikit tinggi susulan berlaku aktiviti profit taking setelah dua hari berturut-turut pamer kenaikan.

Namun aktiviti profit taking itu sama sekali tidak menggugat pasaran untuk terus kekal mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi.

Pada 10.22 pagi, petunjuk aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 12.48 mata atau 0.84% kepada 1,534.91 daripada 1,522.43 sewaktu ditutup pada Isnin.

Lapor Bernama, indeks utama itu dibuka 1.78 mata lebih tinggi kepada 1,524.21.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebnayak 265 berbanding 172, manakala 284 kaunter tidak berubah, 1,498 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 367.22 juta unit bernilai RM174.5 juta.

Menurut Malacca Securities, trend penurunan pada kes harian Covid-19 serba sedikit telah mencetuskan lebih banyak tumpuan dari peserta pasaran terhadap sektor pemulihan.

“Kami yakin bahawa minat belian pada sektor pemulihan seperti pengguna, pengangkutan dan logistik dan penerbangan serta pelancongan akan berlanjutan,” tambahnya.

Di samping itu, prestasi semalaman yang kukuh di pasaran Wall Street telah memacu pergerakan pada stok teknologi.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM8.16, manakala Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM3.94 dan RM7.98.

Selain itu, Petronas Dagangan (PetDag) meningkat 38 sen kepada RM19.18 dan Genting Malaysia (GenM), TNB, RHB Bank serta Genting Bhd masing-masing naik tiga sen kepada RM2.90, RM9.90, RM5.37 dan RM4.85.

CIMB, Sime Darby dan Dialog Group masing-masing melonjak satu sen kepada RM4.69, RM2.17 dan RM2.61.

Bagi saham aktif, D’nonce Technology naik satu sen kepada RM61.5 sen, MMAg Holdings naik setengah sen kepada 13 sen dan Avillion jatuh 1.5 sen kepada 14.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 meningkat 9.82 mata kepada 10,874.95, FBM 70 naik 30.46 mata pada 14,740.40 dan FBM ACE melonjak 25.09 mata kepada 7,204.21.

Indeks FBM Emas menokok 11.74 mata kepada 11,168.36 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 13.90 mata kepada 12,258.27.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 5.47 mata kepada 14,923.32, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.29 mata kepada 189.66 dan Indeks Perladangan turun 11.24 mata kepada 6,399.14.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat