“Banyak ramalan telah dibuat, adakah jangkaan beliau akan tercapai atau tidak?”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) menggunung lebih 84% dalam tempoh Year-to-Date (YTD), tetapi sebahagian besar pergerakannya menyaksikan penurunan apabila kebanyakan para pelabur menumpukan ramalan penganalisis pasaran utama.
Bagaimanapun, pelabur modal teroka Amerika Syarikat (AS) dan penyokong tegar BTC Tim Draper meramalkan beberapa tahun lalu bahawa aset digital tersebut bakal mencapai $250,000 pada masa ini.
Menerusi kenyataan Draper dalam akaun Twitter miliknya, beliau telah membuat ramalan itu semasa BTC berada pada $4,000 namun malangnya harganya kini hanya melihat pertumbuhan tujuh kali ganda pada $30,500.
Meskipun begitu, Draper sungguh percaya harga BTC bakal mencecah $250,000 dalam masa terdekat ini susulan prestasinya sejak kebelakangan ini berjaya pulih sedikit apabila BlackRock memfailkan kertas kerja untuk memfailkan spot BTC ETF.
Sementara beliau juga mendedahkan bahawa pembangun utama atau jurutera aset digital berkemungkinan sukar bekerja ekoran peningkatan dalam penggunaan Lightning Network dan kemunculan Ordinals Inscription.
Selain Draper, beberapa penganalisis terkemuka lain seperti pengasas Stock-2-Flow (S2F) iaitu PlanB turut membuat ramalan tersendiri dengan menjangkakan harga BTC akan melepasi $500,000 pada masa hadapan.
Walaupun pergerakannya masih volatile, kebanyakan pelabur yang sangat optimis terhadap BTC yakin kemunculan BTC ETF di AS membawa makna bahawa harganya berpotensi lonjak tinggi secara besar-besaran.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC mencanak sebanyak 0.40% pada paras $30,708 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $596 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 1.21% sepanjang minggu lepas.