Tewas Dengan Tekanan, GBP/USD Tunduk Semula Ke Sekitar $1.13000

141

Setelah papar prestasi agak cemerlang pada pembukaan pasaran awal minggu, dagangan Pound Sterling pada Selasa semalam lebih suram apabila kembali bergerak susut semula.

Perkembangan tak menentu di UK membuatkan pelabur mengambil langkah berjaga-jaga terhadap mata wang Pound dengan tindakan dan rancangan yang akan dilaksanakan oleh Jeremy Hunt yang menggalas tugas sebagai Menteri Kewangan baru akan dinilai oleh pasaran.

Oleh itu, walaupun US dolar masih memaparkan pergerakan suram ekoran sentimen pasaran yang sedikit dijernihkan dengan laporan pendapatan syarikat yang positif, namun Pound gagal memanfaatkan situasi untuk meneruskan pengukuhannya.

Dapat dilihat pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, penurunan semula harga berlaku semalam selepas gagal mengekalkan lonjakan di awal minggu.

Setelah mencapai paras ketinggian 1.14400 pada Isnin, harga pamer penurunan ke paras sekitar 1.12600 semalam sebelum menutup dagangan penghujung sesi New York di atas zon 1.13000 semula.

Pergerakan harga perlahan bersambung pada sesi Asia pagi ini (Rabu) berlegar di sekitar paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD yang akan dinilai bagi isyarat pergerakan selanjutnya harga.

Waspada jika harga mula susut di bawah paras 1.13000, penurunan berkemungkinan akan diteruskan ke sekitar 1.12000 untuk petunjuk awal perubahan trend harga.

Trend bearish lebih jelas jika penurunan harga diteruskan menuju sehingga ke sekitar 1.11000 sebelum sasaran seterusnya adalah pada zon 1.09000.

Namun, jika harga kembali paparkan lonjakan semula hari ini, jangkaan kenaikan harga bakal menuju zon rintangan pada 1.15000.

Kenaikan lebih tinggi akan catatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu dengan sasaran menuju ke zon 1.16000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat